Statutory Notification

If you’ve landed on this site to discover the products and services offered by Mydata Infomatica Sdn Bhd, then you’re in the right place and this Statutory Notification has got you covered.
Sekiranya anda melawat laman web ini untuk menerokai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mydata Infomatica Sdn Bhd, anda berada di tempat yang betul dan Pemberitahuan Berkanun ini adalah untuk anda.

Statutory Notification

Mydata Infomatica Sdn Bhd (“Mydata Infomatica”), in compliance with Section 23 of the Credit Reporting Agency Act 2010, hereby notifies you that:

  1. Collection and Description of Credit Information Mydata Infomatica collects and processes your credit information, which may include your identity number, address, business directorships and shareholdings (if applicable), legal records such as bankruptcies or lawsuits (if applicable), credit payment history and relevant data to the extent permitted by applicable laws, regulations and/or regulatory requirements.
  2. Purpose of Collecting Credit Information Your credit information is processed to generate a credit report.
  3. Source of Credit Information Mydata Infomatica collects information from various legally authorized databases, including but not limited to:
    1. Information provided by its partners, shareholders holding, related and subsidiary companies;
    2. Information provided by Mydata Infomatica subscribers;
    3. Information provided directly from you; and
    4. Information from any other third parties including but not limited to trade credit grantors, government and statutory bodies, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), the Central Credit Reference Information System (CCRIS), Dishonoured Cheques (DCHEQS) from Bank Negara Malaysia, commercial banks, investment banks, insurance companies, development banks, cooperative banks, stockbrokers, licensed moneylenders, landlords, trading and commercial companies, clubs, cooperatives, employment agencies, professionals such as lawyers, accountants, property valuers, public domains, etc
  4. Disclosure of Credit Information Your credit information may be disclosed to Mydata Infomatica’s subscribers and/or any other third parties who obtained your consent for such disclosure and who may require your report for various purposes to the extent permitted by applicable laws, regulations and/or regulatory requirements.
  5. Nature of Credit Information Some credit information requested may be mandatory or voluntary for you to provide.
  6. Limiting Credit Information You have the option to limit the processing of your credit information, including the credit information related to other persons identifiable from your credit information.
  7. Consequences of Limiting Credit Information If it is mandatory for you to provide your credit information and you fail to do so or choose to limit its processing, it may affect your eligibility to receive certain product/services from Mydata Infomatica and/or third parties requesting your credit information.
  8. Queries/Request to Access and for Correction of Credit Information You may access you credit information by purchasing your credit report from Mydata Infomatica. For any inquiries or complaints about your credit information, including requests for corrections of your credit information, you may contact Mydata Infomatica at: Mydata Infomatica Sdn. Bhd. (201901008597 (1317925-K))
    Wisma Commercedotcom, No.15 Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor
    Tel: 03-3000-8606
    Fax: -
    Email: hello@mydatainfomatica.com
    Website: https://mydatainfomatica.com/
    Operation Hours:
    Monday to Friday (except Public Holidays)
    9.00 am – 5.30 pm
  9. Summary of Rights

    Your Summary of Rights is available at here.

This Statutory Notification is written both in English and Bahasa Malaysia languages. Should there be any contradictions between the English version and the Bahasa Malaysia version, the English version shall prevail.

Notifikasi Berkanun

Mydata Infomatica Sdn Bhd (“Mydata Infomatica”), selaras dengan pematuhan Seksyen 23 Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, dengan ini memaklumkan anda bahawa:

  1. Pengumpulan dan Deskripsi Maklumat Kredit Mydata Infomatica mengumpul dan memproses maklumat kredit anda, yang mungkin mengandungi nombor identiti, alamat, jawatan pengarah perniagaan dan pegangan saham (jika berkenaan), rekod undang-undang seperti kebankrapan atau tindakan undang-undang (jika berkenaan), sejarah pembayaran kredit serta data berkaitan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, peraturan dan/atau keperluan pengawalseliaan yang berkenaan.
  2. Tujuan Pengumpulan Maklumat Kredit Maklumat kredit anda diproses untuk menghasilkan laporan kredit.
  3. Sumber Maklumat Kredit Mydata Infomatica mengumpul maklumat daripada pelbagai pangkalan data yang dibenarkan secara sah di sisi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    1. Maklumat yang diberikan oleh rakan kongsi, pemegang saham, syarikat berkaitan, dan syarikat subsidiarinya;
    2. Maklumat yang diberikan oleh pelanggan Mydata Infomatica;
    3. Maklumat yang diberikan secara langsung oleh anda; dan
    4. Maklumat daripada mana-mana pihak ketiga lain termasuk tetapi tidak terhad kepada pemberi kredit perdagangan, badan kerajaan dan badan berkanun, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), Cek Tak Laku (CTL) dari Bank Negara Malaysia, bank komersial, bank pelaburan, syarikat insurans, bank pembangunan, bank koperasi, broker saham, peminjam wang berlesen, pemilik hartanah, syarikat perdagangan dan komersial, kelab, koperasi, agensi pekerjaan, profesional seperti peguam, akauntan, penilai hartanah, domain awam, dan lain-lain.
  4. Pendedahan Maklumat Kredit Maklumat kredit anda mungkin didedahkan kepada pelanggan Mydata Infomatica dan/atau mana-mana pihak ketiga lain yang telah memperoleh kebenaran anda untuk pendedahan tersebut serta yang mungkin memerlukan laporan anda bagi pelbagai tujuan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, peraturan dan/atau keperluan pengawalseliaan yang berkenaan.
  5. Sifat Maklumat Kredit Sebahagian maklumat kredit yang diminta mungkin perlu anda berikan sama ada secara wajib atau sukarela.
  6. Mengehadkan Maklumat Kredit Anda mempunyai pilihan untuk menghadkan pemprosesan maklumat kredit anda, termasuk maklumat kredit yang berkaitan dengan individu lain yang boleh dikenal pasti daripada maklumat kredit anda.
  7. Implikasi Mengehadkan Maklumat Kredit Sekiranya anda diwajibkan untuk memberikan maklumat kredit anda tetapi gagal berbuat demikian atau memilih untuk mengehadkan pemprosesannya, ia mungkin menjejaskan kelayakan anda untuk menerima produk/perkhidmatan tertentu daripada Mydata Infomatica dan/atau pihak ketiga yang meminta maklumat kredit anda.
  8. Pertanyaan/Permintaan untuk Akses dan Pembetulan Maklumat Kredit Anda boleh mengakses maklumat kredit anda dengan membeli laporan kredit anda daripada Mydata Infomatica. Untuk sebarang pertanyaan atau aduan mengenai maklumat kredit anda, termasuk permintaan untuk pembetulan maklumat kredit anda, anda boleh menghubungi Mydata Infomatica di: Mydata Infomatica Sdn. Bhd. (201901008597 (1317925-K))
    Wisma Commercedotcom, No.15 Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor
    Tel: 03-3000-8606
    Faks: -
    Emel: hello@mydatainfomatica.com
    Laman web: https://mydatainfomatica.com/
    Waktu Operasi:
    Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum)
    9.00 am – 5.30 pm
  9. Ringkasan Hak

    Ringkasan Hak anda boleh didapati di sini.

Notifikasi Berkanun ini ditulis dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.