Summary of Rights

If you’ve landed on this site to discover the products and services offered by Mydata Infomatica Sdn Bhd, then you’re in the right place and this Summary of Rights has got you covered.
Sekiranya anda melawat laman web ini untuk menerokai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mydata Infomatica Sdn Bhd, anda berada di tempat yang betul dan Ringkasan Hak adalah untuk anda.

Summary of Rights

Credit Reporting Agencies Act 2010 (Act 710)

The Credit Reporting Act 2010 [Act 710] (hereinafter referred to as the “Act”) advocates fairness, accuracy and privacy in credit reporting practices. Credit reporting agencies collect and disclose information about you, including instances of missed payments or bankruptcy records.The Act grants you specific rights, most of which are summarized as below.

Disclaimer: This is a general summary only. In the event of any discrepancy, conflict, or inconsistency between this summary and any provision of the Act, the provision of the Act shall prevail.

  1. That credit information is being processed by or on behalf of the credit reporting agency together with its description;
  2. The purpose of processing such information;
  3. The source of such information;
  4. Of how you can contact the credit reporting agency for any inquiries or complaints;
  5. Your right to access to such information and to request the credit reporting agency to correct your credit information; and
  6. To whom the credit information will be disclosed.

This means that a credit reporting agency, may only collect and use your credit information to generate a credit report for assessing your credit worthiness.This includes, but not limited, to any history of failure or diligence in bill payments(reputational collateral). Your credit information cannot be used or disclosed by any credit reporting agency for any purposes beyond what is permitted under the Act, including but not limited to, disclosing your credit information for direct marketing purposes.If you become aware of such unauthorized practices, you may file a complaint with the Registrar.

This means that a credit reporting agency must obtain your consent before disclosing your credit report to its subscribers.

This means that a credit reporting agency cannot include certain credit information in their report regardless whether you have given consent, if;

  1. the source of such credit information is not specified in the report;
  2. such credit information pertains to pending court proceedings that have remained unsettled for more than two years after the proceedings began;
  3. such credit information pertains to a default in credit repayment, two years after the date of final settlement of the defaulted amount.

This means that if a credit provider has taken an unfavorable credit action against you – such as rejecting your loan application – based on a credit report provided by a credit reporting agency, you have the right to be informed of the credit reporting agency’s identity. You also have the right to access the said credit report.

This means that you have the right to access your credit information or credit report from a credit reporting agency which holds or has processed your credit report. However, before granting you the access, the credit reporting agency must verify your identity and confirm that such information is in their database. Upon your request and payment of any applicable fee which may be imposed by the agency in possesion of your credit information or credit report, you may verify the accuracy of the credit information or credit report.

This means that if your credit report which was disclosed to the credit provider in response to your credit application, contains incorrect information, you have the right to challenge such report according to the procedures outlined in the Act.

Name Mydata Infomatica Sdn. Bhd.
Registration No 201901008597 (1317925-K)
Telephone No +603-3000 8606
Fax -
Email address hello@mydatainfomatica.com
Web address www.mydatainfomatica.com
Postal address Wisma Commercedotcom,
No.15 Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya, Selangor
Enquiries +603-8890 6559 / +603-8890 6560
Fax +603-8890 6423
Email Address pertanyaan.ppapk@treasury.gov.my
Web address ppapk.treasury.gov.my
Postal address Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK)
Perbendaharaan 2, Aras 2,
Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya

This Summary of Rights is written both in English and Bahasa Malaysia languages. Should there be any contradictions between the English version and the Bahasa Malaysia version, the English version shall prevail.

Ringkasan Hak

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710]

Akta Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710] (selepas ini dirujuk sebagai “Akta”) mengutamakan keadilan, ketepatan, dan privasi dalam amalan pelaporan kredit. Agensi pelaporan kredit mengumpul dan mendedahkan maklumat mengenai anda, termasuk rekod pembayaran tertunggak atau kebankrapan. Akta ini memberikan anda hak-hak tertentu, yang sebahagiannya diringkaskan seperti berikut:

Penafian: Ini hanyalah ringkasan umum. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, konflik, atau ketidakselarasan antara ringkasan ini dan mana-mana peruntukan dalam Akta, peruntukan dalam Akta akan diguna pakai.

  1. Bahawa maklumat kredit sedang diproses oleh atau bagi pihak agensi pelaporan kredit bersama dengan penerangannya;
  2. Tujuan pemprosesan maklumat tersebut;
  3. Sumber maklumat tersebut;
  4. Cara untuk anda menghubungi agensi pelaporan kredit bagi sebarang pertanyaan atau aduan;
  5. Hak anda untuk mengakses maklumat tersebut dan meminta agensi pelaporan kredit membetulkan maklumat kredit anda; dan
  6. Pihak yang akan menerima pendedahan maklumat kredit tersebut.

Ini bermaksud bahawa agensi pelaporan kredit hanya boleh mengumpul dan menggunakan maklumat kredit anda untuk menghasilkan laporan kredit bagi menilai kebolehpercayaan kredit anda. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang rekod kegagalan atau ketekunan dalam pembayaran bil (jaminan reputasi). Maklumat kredit anda tidak boleh digunakan atau didedahkan oleh mana-mana agensi pelaporan kredit bagi tujuan yang melebihi apa yang dibenarkan di bawah Akta, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pendedahan maklumat kredit anda untuk tujuan pemasaran langsung. Sekiranya anda menyedari sebarang amalan yang tidak dibenarkan, anda boleh mengemukakan aduan kepada Pendaftar.

Ini bermaksud bahawa agensi pelaporan kredit mesti mendapatkan keizinan anda sebelum mendedahkan laporan kredit anda kepada pelanggannya.

Ini bermaksud bahawa agensi pelaporan kredit tidak boleh memasukkan maklumat kredit tertentu dalam laporan mereka, walaupun anda telah memberikan keizinan, jika:

  1. sumber maklumat kredit tersebut tidak dinyatakan dalam laporan;
  2. maklumat kredit tersebut berkaitan dengan prosiding mahkamah yang masih belum diselesaikan lebih daripada dua tahun selepas prosiding bermula;
  3. maklumat kredit tersebut berkaitan dengan kegagalan pembayaran balik kredit, dua tahun selepas tarikh penyelesaian akhir jumlah tertunggak.

Ini bermaksud bahawa jika penyedia kredit telah mengambil tindakan kredit yang tidak memuaskan terhadap anda – seperti menolak permohonan pinjaman anda – berdasarkan laporan kredit yang diberikan oleh agensi pelaporan kredit, anda berhak untuk dimaklumkan tentang identiti agensi pelaporan kredit tersebut. Anda juga berhak untuk mengakses laporan kredit berkenaan.

Ini bermaksud bahawa anda berhak untuk mengakses maklumat kredit atau laporan kredit anda daripada agensi pelaporan kredit yang menyimpan atau telah memproses laporan kredit anda. Walau bagaimanapun, sebelum memberikan anda akses, agensi pelaporan kredit mesti mengesahkan identiti anda dan memastikan bahawa maklumat tersebut ada dalam pangkalan data mereka. Atas permintaan anda dan setelah membuat pembayaran sebarang fi berkenaan yang mungkin dikenakan oleh agensi yang memiliki maklumat kredit atau laporan kredit anda, anda boleh mengesahkan ketepatan maklumat kredit atau laporan kredit tersebut.

Ini bermaksud bahawa jika laporan kredit anda yang didedahkan kepada penyedia kredit sebagai respon kepada permohonan kredit anda, mengandungi maklumat yang tidak tepat, anda berhak untuk mencabar laporan tersebut mengikut prosedur yang digariskan dalam Akta.

Nama Mydata Infomatica Sdn. Bhd.
No Pendaftaran 201901008597 (1317925-K)
No Telefon +603-3000 8606
Faks -
Alamat emel hello@mydatainfomatica.com
Alamat web www.mydatainfomatica.com
Alamat pos Wisma Commercedotcom,
No.15 Jalan Tandang,
46050 Petaling Jaya, Selangor
Talian pernyataan +603-8890 6559 / +603-8890 6560
Faks +603-8890 6423
Alamat emel pertanyaan.ppapk@treasury.gov.my
Alamat web ppapk.treasury.gov.my
Alamat pos Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK)
Perbendaharaan 2, Aras 2,
Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya

Ringkasan Hak ini ditulis dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.